Latar Belakang

MAA Takaful Berhad adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad (MAAH) dan Solidarity BSC (C) dari Bahrain, iaitu syarikat takaful terbesar di dunia Arab.

Pada 21 Februari 2006, satu perjanjian usahasama telah ditandatangani bersama Solidarity, bagi membentuk syarikat usahasama yang dikenali sebagai MAA Takaful  untuk menjalankan perniagaan takaful.

Pada 3 Mac 2006, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan lesen pengendali takaful untuk syarikat usahasama MAA Holdings dan Solidarity. Pada 2 Mei 2006, MAA Takaful Berhad telah ditubuhkan dengan modal berbayar sebanyak RM 100 juta dan seterusnya pada 1 Julai 2007, MAA Takaful telah dianugerahkan lesen untuk beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit. Hari ini, MAA Takaful mempunyai kekuatan agensi melebihi 15000.

MAAH memegang 75% pegangan ekuiti dalam MAA Takaful Berhad manakala Solidarity memegang 25% ekuiti dalam MAA Takaful.

Tinggalkan komen